home about cerpen puisi

Saturday 16 January 2016

Perjalanan #SeindahTakdir

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

MERHABA !



New cerpen tak siap lagi. Melalut dah jadi, idea tak berkembang macam bunga kembang di pagi hari. Hahah. So, jari rasa nak menaip, aku nak cerita pasal perjalanan Seindah Takdir yang mampu capai tahap sekarang ni. Ada yang bertanya, so aku cerita tau.

Honestly, ya, Aku memang pernah berangan kat bawah pokok pisang that one day aku akan angkat karya aku ke tahap lebih tinggi.

Waktu tu tengah hangat drama drama Melayu yang diadaptasi daripada novel. Dari situ aku pun macam teringin jugak. Aku pernah berangan, aku dah siapkan satu manuskrip novel dan novel aku tu laris ! Like woww ! Hahaha. Padahal habuk novel pun takdak. Ngee..

Point is berangan tu perlu.

Awal tahun 2014, waktu tu aku tingkatan 4, aku hantar cerpen aku tu. Actually Seindah Takdir adalah gabungan dua buah cerpen yakni Walau Hanya Sekejap & Takdir Itu Milikku. Cerpen Walau Hanya Sekejap berakhir dengan kematian seseorang, so readers ada yang tak puas hati hahaha. Minta aku buat sambungan bagi happy ending. So muncul pulak Takdir Itu Milikku.

At last, aku buat keputusan hantar dekat Penulisan2u untuk sudut bacaan online. Seingat aku, cerpen tu aku tak edit, aku tak apa apa. Aku copy paste and send. Just it. Nampak yang aku tak serius di situ.

Dalam seminggu dua macam tu, aku ada juga check balik, kot kot dah disiarkan tapi takdak. Aku redha je lah. Aku tak fikir dah pun.



Akhir tahun 2014, macam mana ntah, aku search balik Seindah Takdir kat google. Then keluar cerpen aku tu. Yes. Dah ada kat Penulisan2u. Dah ramai yang baca dan komen.

Aku rasa apa? Speechless. Sangat.

13 September 2014.

Tarikh yang buat aku rasa satu semangat yang tak boleh dilisankan. Allah yang tahu.

Bagi orang yang baru nak mula, memang perkara tu sesuatu yang terharu sangat. Tambah pulak baca komen komen semangat dekat Penulisan2u tu. Ini antaranya :

" Keep it up! InsyaAllah ada potensi untuk terus maju. "
" Nangis dah.. Abis dah 2 tisu kotak dlm tempoh 1 jam pembacaan.. "
" Jalan cerita yang menarik dan sedih. Tersentuh siot. :')"
" Jalan cerita yang bagus. Penuh dgn keislaman. "
" 1stly novel ni mmg best, teruja nak tau ending BUT!!! Sory to say grammar or english writer was wrong."
" Bosan, jalan cerita klise.Panjang sgt. Tingkatkn usaha."
" Bosan r..byk sgt perkara yg x penting.Lg satu jalan cerita dia agak membingungkan."


Aku hargai semua komen positif mahupun negatif.

Ada jugak komen yang minta cerpen tu dijadikan novel. No wonder la sebab cerpen tu memang panjang, so ada yang mintak jadikan novel.

Ya. Aku sahut cabaran tu. Aku namakan novel tu Takdir Airmata Cinta.

Aku dah tekad nak siapkan manuskrip tu walaupun aku sedar aku kena fokus study form 4 aku. next year dah spm. Bulan oktober aku punya gigih cari ilmu. Serius, aku serius.

Aku olah Seindah Takdir bagi jadi panjang, bagi cukup syarat minimun muka surat novel. Aku ada post dekat blog ini sampai bab 10, then lepas tu aku senyap. Aku kena fokus spm. Walaupun perasaan waktu memang meronta nak sangat sambung manuskrip, tapi aku dahulukan yang utama. Kita merancang tapi perancangan ALLAH itu lebih baik.


19 Oktober 2015.

Bermula kisah Seindah Takdir dilamar. Sekali lagi, perasaan tu hanya ALLAH je yang tahu. Aku bagitau family, and yes, mereka bangga dan syukur untuk semua ni. Alhamdulillah.

Aku dapat panggilan pagi, tapi aku kat sekolah waktu tu. So balik tu, aku bukak whatsapp. Memang terkejut bila aku baca whatsapp daripada Karya Seni. Bermula dari situlah, perjalanan Seindah Takdir bermula kembali.

Aku lenyapkan manuskrip novel Takdir Airmata Cinta sebab cerpen Seindah Takdir telah diberikan kepada pihak produksi Xsense Studios dan telah diterbitkan oleh Karya Seni dalam Antologi cerpen dan mini novel Melodi Cinta Edisi 2.

Seindah Takdir akan diadaptasi menjadi telefilem di RTM. Coming soon. Sekarang dalam proses penggambaran lagi. Senarai pelakon saya akan beritahu kemudian.

Semua ni satu anugerah yang tak terhingga. Bukan sekelip mata semua ini berlaku. Azam dan tekad tu perlu ada. Sabar. Akhirnya ALLAH akan berikan sesuatu yang di luar jangkaan.

Aku akan teruskan bakat yang lahir daripada mak aku sendiri. Aku tak akan berhenti. In sya ALLAH.

For sure, aku perlukan sokongan dan doa untuk terus maju. Memang ramai yang bagi semangat, tak tersenarai kalau aku nak tulis. Kalau kalian baca post ni, percayalah yang diri ni hargai sangat sangat semua yang telah diberikan.

Terima kasih, semua. Terima kasih untuk segalanya.

Ok. Sampai sini dulu rasanya. Kalau nak tahu tentang hal berkaitan tanyalah. saya akan jawab. In sya ALLAH. Setiap kisah akan ada semangat yang membawanya. In sya ALLAH, semua pengalaman ni perlu dikongsi, kan?

Kepada yang minat dalam bidang penulisan ni, teruskan menulis. Abaikan tanggapan orang sekeliling. Mereka tak tahu susah payahnya kita nak hasilkan sesebuah karya.

Keep writing ! Perjalanan kita akan bermula dan mungkin telah bermula.



Sekian,
Seorang Penulis.


12 comments:

  1. nak jadi penulis, memang kena menulis sentiasa. tak boleh skip. t skill hilang mcm tu je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed with you, akak. mmg kena terus menulis. sbb idea selalu dtg, dn selalu jgk hilang. :)

      Delete
  2. alamak,,akak silap lah, fikirkan cerpen tu adaptasi dr rncg rtm tu hadoii haha sorry jie rupanya akan diadaptasi p tv hehe akak sgt jeles................huhu tak sabar nak tgok nanti, tahniah jie :) akak sokong dr jauh hehe barisan pelakon bagitau cepat!!!! hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh lah yekaa. tak tau pulak akak fikir mcm lain heee. takpa2. nanti jie dh tau full bout the telemovie, jie inform kt blog ni ok? tengs akak sbb sokong. :)

      Delete
  3. Tahniah!!!!!!!!!!! Semoga menjadi penulis yg dikenali. Heee. Nanti boleh mintak sign :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasihh fieqa syg.. doakan akak yaa. heheh sign tak lawaa pun tak lakuu lagii . hihih

      Delete
    2. hahahaha ingatkan umur fieyqa berapaaa? :p nampak muda eh? ><

      Delete
    3. aduhaiii. ingatkan 16 tahun ke baru pt3 ke. heheh. sorry kak fieqaaa T.T

      Delete
    4. Hahaahahhaa jiee. Hang wat lawak. Hehe. ฅ'ω'ฅ terus berkaryaa wehh. Aku teringin nak baca.

      Delete
    5. Biaqq ahhh hahahhaha Nyibukkk ja hang ni.. *malu aku* hahahaa

      Delete
  4. Tahniah, Jie. Kiranya Seindah Takdir ni bertitik tolak drpd submission Jie ke Penulisan2u jelah ye. Congrats! Proud of you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bermula dri Jie hantar kt penulisan2u tu lah. hehe Alhamdulillah. terima kasih kak farahh! ^^

      Delete