home about cerpen puisi

Sunday, 17 January 2016

Puisi #1 - Nafas

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

MERHABA !

Puisi itu sesuatu yang bernama curahan hati.

Tajuk : Nafas 


Semalam tangis kau hiba kedengaran,
Meruntun jiwa yang meluahkan,
Kau jerit sekuatnya kepada dunia,
Sayangnya kau hanya sang pembisu bicara.

Sehingga suatu ketika,
Tiada esakan yang mencuci luka,
Kau sedar ujian ini perlu ditempuh jua,
Walaupun sakitnya mencakar atma.

Allah izinkan lagi nafas ini berdetak,
Hari ini mohon hati jangan melalak,
Biar kau tenang seketika,
Muhasabah setiap inci cerita.

Sedarlah manusia,
Nafas kita terlalu berharga,
Hiasi dengan bunga cinta pada Maha Esa,
Bukan duri tajam yang penuh cela.

#puisi

Tarikh : 17 Januari 2016

Nota Hati : 

Ucap syukur pada ALLAH kerana masih pinjamkan kita nafas untuk teruskan hidup ni. Walau sesukar mana sekalipun, nafas ini yang akan membawa kita menyususi kenangan-kenangan yang bakal tercipta. 

Hadza Min Fadhli Rabbi.

Sekian, terima kasih,
Seorang Penulis.


p/s : random post. puisi picisan pagi hari.

8 comments: