home about cerpen puisi

Thursday, 21 January 2016

Special Photos from Istanbul !

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Alhamdulillah, asyik tertangguh ja nak story pasal tajuk kali ni. Hari ni aku nak cerita pasal aku dapat gambar dari Istanbul. Khas ! Memang disnap untuk aku. Wuhuu. ^^

Bagi yang kenal diri ni or sedang kenal or akan kenal, aku memang CINTA sangat dengan negara Islam yang namanya TURKI. Sejak aku didedahkan dengan kisah al Fateh, penakluk Konstantinopel. Dari situ, aku dapat semangat yang sangat wow ! Aku kagum dengan sejarah Turki dan segalanya tentang Turki !

So, ni dua keping gambar yang aku dapat. 



Siap ada nama aku lagi. Berbunga aku bila dapat. Ya ALLAH, suka sangat-sangat !

Ok, macam mana aku boleh dapat special photos dari Turki? Macam ni, aku ada kenal sorang kakak ni, nama Dayana Zahari. Aku kenal sebab waktu aku blogwalking, aku ternampak new update blog kak Dayana pasal Istanbul. Aku kan memang jenis excited kalau nampak something pasal Turki, so aku terjah blog kak Dayana. Kak Dayana and her husband, sedang bercuti di Istanbul. Wohoo aku punya suka la. 

Aku terjah instagram pulak. Lagi bersuka-ria aku like satu-satu gambar dekat instagram kak Dayana. Cantik-cantik pulak tu, sebab husband kak Dayana memang photographer. Semua gambar cun melecun. Hihi

Siapa sangka, kak Dayana dulu yang tegur aku dekat insta. Kak Dayana dm aku. Aku punya teruja, ALLAH je tau. Humble sangat kak Dayana ni. Disebabkan tu, aku mudah mesra dengan kak Dayana. Baik, comel, friendly, memang suka kawan dengan kak Dayana !

Nak dijadikan cerita, sebelum last day kak Dayana and husband ada kat Istanbul, aku request sesuatu. Aku teringin, so aku try la request. Huhu. Aku whatsapp kak Dayana, cakap yang aku nak kak Dayana snap gambar kat Istanbul khas untuk aku. *malu weh, sebab cinta punya pasai, aku nipiskan perasaan malu tu, hahahah * XD

Kak Dayana kata dia boleh snap. Aku punya seronok la. Seronok sangat. Amat seronok. Terlalu seronok. Beronok-ronok jadinya. Kah! hahahaha. sebab ni kali pertama aku dapat something special dari negara yang aku nak sangat jejakkan kaki !

Masjid dalam gambar tu lebih dikenali sebagai Masjid Biru. Tapi dalam gambar tu just Masjid Biru versi mini. Hee. Sebab tempat tu namanya Miniaturk. Semua bangunan yang terkenal, ditempatkan di situ. Maknanya kalau nak travel semua tempat tapi tak sempat, pergi je Miniaturk ni.

Bila aku dapat dua keping gambar tu, aku punya semangat lagi membuak-buak. In sya ALLAH ! Kalau impian aku tercapai, nanti nama tu aku ganti dengan diri aku. Nama dah sampai sana, orangnya akan sampai jugak, suatu hari nanti. ^^ Aaaminn !

Oh! sebelum lupa, kak Dayana and husband ni study kat oversea. Plus, memang suka travel. So, kalau nak tengok gambar-gambar, layan video kat oversea, or anything boleh terjah kat bawah ni :

Blog : Dayana Zahari
Instagram : dayanazahari & muhammad_mroslan
Channel Youtube : Dayana Zahari
Flickr : MR_muhammad

Alright.

TERIMA KASIH KAK DAYANA & HUSBAND !


One day, i will be there. Biiznillah ! ^^

byebye ,
seorang penulis.


p/s : aku cuba pendekkan entry ni. 
dah byk perenggan aku buang hahaha
kalau story pasal turki, memang terlajak excited.

tata ^^

16 comments:

  1. Wahhh tahniah dik...jumpa kwn yg baik

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, awak akan ke sana :)

    ReplyDelete
  3. Salam! wah wah pernah masuk blog nya ! best memang best . dan saya pon suka tyrki dan sejarahnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestttt sgt kan? Byk storyyy kat situu. Hihihh .

      sepp sikittt ! XD ada geng. Hee ^^

      Delete
  4. weeeee bestnyaaaaaa jieeee uiii <3
    sangat sweet kan diorang dua aaaa sgt cute and jeles TT_TT
    nak gi turkey jugak!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha terujaa tau tak bila dapatt heee. Besttt sgt, Alhamdulillah. ^^ nantii kita date berduaa kat turkii ye XD

      Aah sweet wife n husband :))

      Delete
  5. Cantiknya tempat tu. InsyaAllah, one day Jie pulak yang akan jejakkkan kaki di sana. Aminn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikk sgt, kak syaza. Hihih. Aaminn. Moga2 mcm tu lah. ^^

      Delete
  6. Cantikny!!!... hope ondeday leh pergi sanaa

    ReplyDelete
  7. cantik. InsyaAllah satu hari nanti impian nak ke Turki Allah makbulkan. Amin ^^

    ReplyDelete
  8. oh dayana tu..tau tau..hihihi.. moga dpt p sana nnti ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Dayana yg comel tu. Hihih..

      Aamiin, in sya Allah :)

      Delete