home about cerpen puisi

Sunday 24 January 2016

Done : Movie Sultan Muhammad Al-Fatih

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

-potret wajah Sultan Muhammad Al-Fatih-

Cuma nak bagitau yang aku baru lepas tonton movie Sultan Muhammad Al-Fatih beserta subtitle Bahasa Malaysia. Aku suka tengok movie tu tapi aku tak suka tengok movie tu. Eh.

Suka sebab ada sejarah yang ditulis, benar digambarkan dalam movie tersebut. Memanglah kan? Sebab pengarah mengadaptasi sejarah Penaklukan Konstantine. Scene kapal merentasi daratan, Sultan Muhammad imamkan solat angkatan tenteranya, Hasan pacak panji Islam at the end of the war, haa yang tu semua ada tercatat dalam sejarah. Aku suka tengok scene2 tersebut.

Tak suka sebab jauh tersasar. Alaa tak suka nak menaip pasal ni. Tak suka peribadi Sultan Muhammad, tak suka cara pemakaian isteri Sultan Muhammad, tak suka cara Sultan Muhammad layan keluarganya. Tak suka scene berkaitan agama. Tak suka bila wujud kisah percintaan tiga segi antara Hasan, dan dua lagi watak aku tak ingat nama. Tak sukalah ! Whyy so different? So movie ni tak boleh percaya bulat-bulat.

Bagi aku yang dah baca sejarah Penaklukan Konstantine, boleh lah beza benar dan buruk movie tersebut. Kecewa actually. 

At last, better baca sejarah yang benar ditulis. Sekian. Lepas ni aku pulun beli buku-buku ilmiah berkaitan Sultan kegemaran aku ni. ^^

- lagu semangat aku. ^^ -

Utusan Tuhan bersabda, 
Benarkan satu ketika, 
Derapan kuda kan tiba, 
Bebaskan kota di Roma.

Tentera Fateh pun datang, 
Hadis Nabi kuatkan iman, 
Layar kapal rentas daratan, 
Tanduk Emas dibantu Tuhan. 

Tujuh puluh kapal pun tiba, 
Byzantium gegak gempita, 
Dua ratus ribu tentera, 
Mimpi buruk sudah pun tiba. 

Lapan ratus tahun penantian, 
Konstantin akhir ditawan, 
Panji Islam dikibar Hassan, 
Tubuh syahid jiwa dikorban. 

Itulah si anak muda, 
Beraksi menggegar dunia, 
Itulah sebaik raja, 
Itulah sebaik tentera.


Yang pasti, Turki memang negara Islam yang masih nampak bukti perjuangan mempertahankan keamanan dan keadilan. Respect !

Habis ja tengok movie tu, Along kata dia doakan impian aku untuk pergi Turki termakbul. Aaminn Ya ALLAH ! Moga impian ni jadi kenyataan. ^^ Aku nak tengok sendiri dengan mata aku, sejarah yang masih ada di tanah Turki.

One Day I Will Be There.

till then,
seorang penulis.


p/s ; sapa yang dah tengok movie ni?
Apa pendapat hangpaaa ? :)

11 comments:

  1. hi Najah sayaaa tengok ceritaaaa, sayaaa suka sgt ceritaaa ni. saya tengok dengan kawan kelassssss. cerita ni sagt berpengajaran !

    ReplyDelete
  2. ish, kene tengok ni movie ni.. must watch movie kan??? mna nak tengok? online ade? btw najah, your blog is so cool and cute

    ReplyDelete
  3. ahaa thank u for reminding! qila nk tgk malam ASAP! <3

    ReplyDelete
  4. Aaamminnn... semoga impian awak tercapai.. yup.. kinda disappointed kalau part2 macam tu seperti dinodai oleh pembuat filem.. hurmm

    ReplyDelete
  5. Aminnnn....in sha Allah...kak PC sentiasa du'akan agar Allah permudahkan setiap urusan adik ya....

    ReplyDelete
  6. teringin pulak nak tengok.. tq share!

    shawal datang singgah sini.. :)

    jemput join segmen shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/01/SegmenBlogwalkingBloglist2.html

    ReplyDelete
  7. akak tak tengok lagi sepenuhnya movie ni, InshaAllah akan tengok juga nanti..hmm biasalah kalau dah jadi movie...mgg ada yg menyeleweng skit..

    ReplyDelete
  8. Tak tengok lagi. Tapi tertanya-tanya juga, kenapa banyak movie sekarang, nak buat pasal sejarah, tapi lebih banyak tersasar dari sejarah sebenar? Yang tahu mungkin boleh bezakan. Yang tak tahu percaya pulak nanti fakta palsu.

    ReplyDelete
  9. Akak pun doakan impian Turki Jie akan tercapai :)

    ReplyDelete
  10. Okay. Nak try download dan tengok. ;)

    ReplyDelete