home about cerpen puisi

Tuesday, 31 May 2016

Bidadari Hati - Birthday !

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.



Merhaba. Hai hangpa semua. Hehe. Harini berapa hari bulan? 
31 MEI 2016 ?

Weheeee. So harini hari lahir mak kami yang ke---- rahsia. kihkih. Takda apa nak cakap cuma nak habaq ja la hahah kami dah bagi hadiah kat mak kami sehari awai lagi. Semalam dah bagi sebab harini mak takdak, mak balik kampung. huhu

Hadiah apa? Purse ! Haritu dapat voucher dari Zalora so bila dah beli tu, mak kata mak suka so on je lah kasi kat mak. hehe. 

Disebabkan birthday mak terchenta, so kami ada buat puisi untuk mak.. nak baca? nahhhh

-- bidadarihati

Biarpun ada sesipi angin yg meniup aku jatuh,
Dia akan datang berlari untuk memberi aku sembuh.

Walau bagaimana cara untuk melihat aku terbang,
Dia akan tampil beri segala dengan penuh sayang.

Rasakanlah apa sahaja yg hadir dari dia,
Semuanya penuh rasa cinta yang tiada titik gelita.

Pada setiap luka calar yang telah aku bagi,
Pada setiap sedih yang aku campak pada hati,
Dia masih tenang begitu,
Masih tak berhenti menjadi seorang yang sabar untuk aku.

Doa yang tak pernah menyapa noktah,
Kasih yang tak kenal erti menyerah,
Semua dan segala yang masih mencurah,
Semoga dibalas Syurga oleh Allah.

Terima kasih Mak,
Untuk segalanya ; sejak setubuh jasad ini mula mencipta memori dalam dunia ini.

Terima kasih Mak,
Untuk segalanya ; untuk setiap inci pengorbanan yang diberi.

Dan untuk selamanya,
Anak ini Sayang Mak Sangat Sangat.

--

Hadiah yang terbaik untuk mak adalah DOA yang tak pernah berhenti. Kan? Jangan pernah lupa untuk doakan orang tua kita.

Yang pasti takkan ada hadiah yang mampu balas segala jasa dan pengorbanan mak. Memang betul, hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga Syurga milik Mak! Aaminn.

MAK memang insan yang Terbaik, Anugerah yang Terindah, Bidadari Teristimewa.
We LOVE you MOM !


sekian, tata ~
seorang penulis.

2 comments:

  1. selamat hari jadi untuk mak yer...
    waaa siap ada puisi lagi tu..

    Blogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)

    Pencarian #9 Bloglist segmen....

    ReplyDelete
  2. Selamat Ulangtahun kelahiran kepada mak (bidadari hati) adik :)
    Semoga Allah SWT merahmati usia mak adik aamiin ya rabbal a'lamiin.

    ReplyDelete