home about cerpen puisi

Sunday 17 April 2016

Puisi #7 - Pergi

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Tajuk : Pergi


Aku pergi bawa duka,
Aku cari sejuta makna,
Aku pergi kerana redha,
Aku pulang bawa bahagia.

Beri aku masa,
Ujian ini tidak mudah,
Akhirnya aku pasrah
Kerana aku percaya,
Keadilan Allah selamanya setara.

Jangan hukum aku terlalu melulu,
Aku bukan robot berhati batu,
Aku hanya ingin pergi seketika,
Dengan izinNya ; aku akan kembali semula.

Mohon terbangkan doa,
Aku terlalu dambakan ia. 


Tarikh lakar : 2015

Nota hati :

Tinggalkan segala yang buat hati semakin berduka dan carilah setiap makna untuk cipta perasaan redha itu. Percaya pada Allah !

Terima kasih sudi baca, byebye
seorang penulis.

8 comments:

  1. Yup. Have faith.. Insyaallah DIA akan bantu kita. =)

    ReplyDelete
  2. sekarang pun rasa nak tinggalkan segalanya.. tapi, macam tak patut je.. kang nampak macam lari dari masalah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu. sabar ye kak zizie. semua mslh ada jln penyelesaian :)
      bg waktu utk diri sendiri, sekejap je, biar hati sndiri tenang

      Delete
  3. bersabar byk2, doa, usaha & tawakal. insyaAllah Allah mudahkan :)

    ReplyDelete
  4. Salam najah! :)

    lari adalah penyelesaian terbaik bagi kita tidak pada Allah sebab Allah nak ajar something pada kita :)

    INsyaAllah , moga hai kuat selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lari cuma perlu sikit masa utk sendiri :) bila sendiri lagi mudah muhasabah diri. in sya Allah.

      Delete