Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua !
Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.
Merhaba !
Tajuk : Nikmat
Bila pelangi bicara,
Kita tahu dia bahagia,
Setelah badai melanda.
Bila awan seputih kapas,
Kita tahu dia ketawa lepas,
Tiada mendung yang memintas.
Bila matahari memancar sinar,
Kita tahu dia ikhlas memancar,
Tanpa cuaca buruk mencakar.
Bila bulan menyeri kelam,
Kita tahu dia sebarkan salam,
Tanpa gangguan ribut malam.
Dan bila ;
Manusia senyum saja,
Kita tahu dia syukur pada Pencipta.
Syukur ;
Untuk segala nikmat.
Tarikh lakar : bulan disember
Nota hati ;
Senyum dan syukurlah ! Tak terkira betapa banyak nikmat yang ALLAH pinjamkan kepada kita selama kita bernyawa. Ucap Alhamdulillah !
terima kasih sudi baca,
seorang penulis.
salam! , nikmat dan ujian itu lah tanda sayang ..
ReplyDeletejadi syukur mesti bertebaran selalu
syukur atas segala nikmat-Nya =)
ReplyDeleteYup, setuju. Senyum ni macam ubat, enyembuh segala rasa hati :)
ReplyDeletesyukur selalu :)
ReplyDeleteIndahnya jika setiap kita tahu mensyukuri nikmat :)
ReplyDeleteJie, akak nak minta kebenaran utk guna entri ni dalam kelas. Nak tunjuk pada students dan minta mereka senaraikan gaya bahasa. Boleh kan?
ReplyDeleteboleh kak farrah. my pleasure. :)
Delete