home about cerpen puisi

Tuesday 12 April 2016

UKCG Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


Merhaba. Hahah. Sat ada, sat takda aku kat blog ni. Maap naa. Mula sibuk dah even belum mula sambung belajaq lagi. Banyak hal lagi yang lebih penting. Heh.

Okey, nak habaq Ahad yang lepas, aku dipanggil temuduga untuk Institut Pendidikan Guru. Alhamdulillah, haritu mohon IPG ni pun sebab mak suruh. Act, aku ada impian lain tapi mak berharap sangat. Even berat hati nak pergi iv tu, tapi pergi jugak. And terpaksa pendekkan holiday di Cameron Highlands. Sepatutnya 3 hari 2 malam. tapi jadi 2 hari 1 malam ja kat Cameron. Petang Sabtu dah otw balik Perak. (sedih) huhuuu.

Lepas Subuh hari Ahad tu, siap-siap terus ke Kedah. Mohon kat Perak, dapat kat Kedah, Accept ja la. Dah sampai tu, pergi tengok-tengok dulu area Institut Pengajian Guru Bandar Darulaman, tempat temuduga tu lah. Aku sesi kedua, so tengahari baru start.

First, ujian bertulis. Lebih kurang 1 jam, kena jawab 130+60 soalan. Sebelum mula dah dimaklumkan, bila jawab tu tak payah pikiaq banyak. Jawab je. Hahahha. Lalu aku pun jawab dengan bahagianya. Lol

Lepas zohor, ujian yang dinanti. sangat ! hahaha. UKF stands for Ujian Kecergasan Fizikal. Aku memang tak ready. Kawan-kawan aku yang lain ada yang praktis lari, macam2 lah. Aku just praktis simple2 je malam balik holiday tu. Tak larat aih. 

Demi mak, aku memang tekad nak buat sungguh-sungguh. Alhamdulillah, aku berjaya tekan tubi 32 kali (max 30 kali) , sit-up variasi sampai step 4 dari 5 step , duduk jelunjur dan jangkau tu boleh la tahan, BMI normal kot! hahaha. Checkpoint paling last adalah BLEEP TEST ! Hat ni paling risau sebab peratus paling tinggi antara yang lain-lain. 

Apa tu bleep test? LARI ! Lari ulang-alik pada jarak yang sama dan masa yang sama. Syaratnya kena sampai ke garisan sebelum bunyi, kalau dah bunyi tapi masih belum sampai garisan, kena kad kuning, and kalau gagal lagi, apa lagi.. out lah.

Aku sampai level 3.2 . Means, lepas ! Lepas untuk tahap perempuan. Alhamdulillah. memang nak pitam lepas habis tu. Lama tak lari weh. Hampir kejang kaki. Memang nak uji stamina kita, makin lama lari, akan makin penat. Aku sampai kena kad kuning, then give up. Niat memang nak bagi lepas level 3 je. Hihi

Sakit satu badan, sampai sekarang pun rasa lagi. Ingat senang ke nak jadi cikgu? Assigment nanti lagi susah dari ni tau dak? Hahah Terngiang-ngiang apa yang pegawai tu cakap. Aku gelak je lah.

Dah habis semua tu, keluar dewan. Mak terus datang and peluk aku. Seriously, aku dah boleh accept kenapa mak nak sangat aku diterima ke IPG ni. Aku cakap kat mak, tak kira apa pun, aku nak doa bagi dapat jugak temuduga seterusnya. Mak terharu. I can feel it. Mak kata waktu aku tengah kat dalam dewan, mak solat, mak sujud lama. Tak terkata apa yang aku rasa waktu tu. And aku puas sbb aku dah buat sehabis mampu aku . Thank you mom!


In sya ALLAH, doakan rezeki aku ada untuk dipanggil lagi ke temuduga seterusnya dan diterima masuk ke IPG. Nak jadi cikgu ! 

Itu je nak habaq kat hangpa. Terima kasih sudi baca. Doakan Najihah kekal kuat lepas ni. 

Byebye,
Seorang penulis.

18 comments:

  1. wahh siap ada ujian fizikal. semoga ada rezeki beljar di ipg=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sbb nak uji daya kecergasan. hehe.
      Aaminn. tenkiu sis

      Delete
  2. salam ,
    semoga dipermudahkan semuanya najah insyaAllah ada keberkataan disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn ! In sya Allah, ada keberkatannya :)

      Delete
  3. ujian kecergasan dia agak tough kan? fiqa dah dua kali buat UKF dan dah dua kali jugak pergi interview tapi takde rezeki kat ipg :) semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tough gila huaaa. :'D
      In sya Allah, rezeki kak fiqa ada kat tmpt lain.
      Aaminn !

      Delete
  4. Kalau akak buat mesti dah pengsan. Maklumlah dah lama tak bersukan. Hehe. All the best, Jie. Akak doakan yg terbaik buat Jie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jie pun hampirrrr nak pitam. sbb lama tak bersukan la tu. huhuu.
      terima kasih kak syazaaa. aaminn !

      Delete
  5. InshaAllah...hihihi mmg bukan mudah nak jd cikgu..cuma itulah after habis kena kuat lah nak tunggu posting hihihi mcm akak skrg....apa2 pun pengalaman dan niat tu penting,...usaha yg terbaiiik..byk dugaan dan cabaran bergelar guru :) doa bersama ya...doakan akak juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. tnggu posting tu la mneguji sikit skrng ni. in sya Allah, moga Allah mudahkan semuanya. semua profesion pun ada cabarannya. kan? doa tu penting. hihi. syukran kak ziha.

      Delete
  6. Tak tahu pula ada test larian ..hahaha.. dah jie cerita betul la tu kan..hhehe
    Mak kekadang tahu yg terbaik utk anak dia,walaupun dasarnya kita tak berapa setuju pd mulanya.tapi mak fikirkan pasal masa depan kita,sbb kerja cikgu ni terjamin,insyaaAllah..

    alhamdulillah semuanya berjalan lancar..harapnya dpt la masuk IPG ya..insyaaAllah.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. ada lari lari. huhuu.
      itulah, naluri mak tu lagi kuat kan? :)
      in sya Allah, aaminn. moga diterima.
      tenkiu kkak nana ^^

      Delete
  7. waaa..baguslah ujian UKF awak..part tu la yg saya pling takut..saya kna iv isnin ni..doa2kan ya..smoga awak dipanggil ke iv seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat elok elokk naa ! kami yakin niena mampu buat yg terbaikk. hehe.
      all the best ! semoga niena pu boleh ke next iv.

      Delete