home about cerpen puisi

Thursday 31 March 2016

Korean Super Spicy Ramen Challenge

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.


Merhabaaaa ! Hari Isnin yang lepas, telah berkumpulnya kami geng Ukhwah Fillah dengan misi untuk menyahut satu cabaran. Tak semua ahli join. Yang ada hanya aku, Annis, Hana, Ruby, Faten, Adel, Ida, Aina and kepada tuan rumah, Syaza. 

Disebabkan Aina & Syaza dah berlesen untuk bawak reta, maka digunakan kelebihan tersebut untuk bawa kami semua pergi mall semata-mata nak cari bahan untuk cabaran tersebut.

Krik krik. Ayat apa hang guna ni Najah? Poyo nak mati. HAHAHAA. Weh, aku cakap teruih terang la, sapa yang sahut cabaran makan mee ramen tu memang gila ! Kami hat makan bukan sorang sebungkus pun terbakaq lidah dan berkejaran cari ayaq apatah lagi yang makan satu bowl tanpa ayaq ! gila ! Amik, gila aku bagi. Tapi gila-gila hangpa tu lah yang awesome derr. 

Kami nak rakam full video kami semua makan tapi disebabkan kami takda space yang memudahkan urusan makanya kami pelahap la dulu makanan pedaih berapi tu. dah semua mulut berasap baru rakam sikit video untuk kenang-kenangan gitu. Ceh. 

Aku adalah insan yang terawal habiskan mee ramen tu. *big claps* eh nanti, cepat habis bukan apa, waktu tu tengah lapaq gila. Ada aku kisah pedas ka tak. Hahaha. Lagipun kami share-share hidang dalam pinggan so takdalah banyak sangat. Siap boleh tambah lagi kot. Punya lapaq la. Dan sampai part rasa bergelegak otak, terus pi dapoq cari sinki ! bukan muntah tapi saja mahu manjakan lidah dengan air. kasihan lidah, berapii. HAHAHA !

Annis is the winner.. dia makan paling lambat dan paling tak minum ayaq sampai kesudah. Orang makan cepat sebab pedass, dia makan sat makan sat berhenti, amik nafas, amik semangat. Kehkeh. Terbaik la. Thank you geng UF ! 

Dan apabila selesai pada siang itu, makanya di group whatsapp UF, berkata-katalah kami untuk menyahut lagi cabaran itu hahahhaa. sebab RINDU KEPEDASAN tu. Kah!

Yang lawaknya, bibir semua macam pakai gincu. merah menyala. mata bersih dengan genangan ayaqmata. pipi boleh jadi macam pakai blusher. Punya nak kata SUPER SPICY ! Ketul ais rumah Syaza memang pencuci mulut kami. Tenkiu tuan rumah !

Siapa yang tertarik nak cuba, bolehlah tengok dulu video-video di youtube bout this challenge. Baru kau tahu apa yang aku maksudkan dengan RINDU KEPEDASAN itu hahahaa.

- ini kelakor gila hahahha -


Okey, itu je, byebye
seorang penulis.

15 comments:

  1. teringin nk makan.. najah beli kat mana ramen tue.. blas yer.. hehe.. cbox nbila jika dh bls.. nbila nak thu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jie pun tak sure sgt. tp yg Jie n kwn2 beli ni kat mall Aeon, Taiping. kalau kat kedai2 runcit biasa ssh jgk nak jumpa. nnti kalau dah jumpa update ye! :D

      Delete
  2. salam ya Allah najah.. akak ingatkan reality show korea masa baca tajuk tadi hehhe , seronok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh, tajuk macam wow je kan. kehkeh.

      Delete
  3. Dah lama nak makan Korean Spicy Ramen tapi susah betul nak jumpa. Terliur bila tengok video Youtuber makan ramen ni. Ni yang buat akak nak cari ramen ni sampai dapat ni. Hehe

    *Eh, datang rumah akak tak bagitau pun eh? Hehe. Just kidding! Kirim salam akak kat Syaza sana tu. Hehe ^^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari akak cari ! sampai jumpaaa :D

      *Eh ! hahaha tejut jie baca :P syazaa, ada org kirim salam kat hangg !
      -dah kirim akak syaza. XD

      Delete
  4. Wow mcm menarik, actually makan Maggi pun dh boleh menangis apatah lagi Ramen ni.. BTW mana cari ni? Halal ke Ramen ni? Sbb Ramen yg biasa dijual di Jepun/Korea kan dia pakai secret ingredients penyedap makanan hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. we have checked be4 we bought it. any problems?

      Delete
  5. wahh terase jgk nak rse nnti. duk jauh ni tahan duluu :)

    ReplyDelete
  6. teringin nak try, lagi best kalau ramai-ramai kan? thanks for the recommendation XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. kalau reramai lagi gempak sbb semua pakat tunjuk teror tahan pedaih hahah :D

      Delete
  7. i ate this like once back months ago ;-; pedas lain macam lulz sebab rasa dekat lidah je tapi sedaaaaaaaaaaaaaaap ya ampun XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn ? lidah merana mkn ramen ni. huaahuaaa. :D

      Delete
  8. Akak dah pernah rasa dulu. Pedas memang kawwww kawwww. Tapi itu yg buat nak lagi nak lagi tuh :)

    ReplyDelete