Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua !
Merhabaaaa ! Hari Isnin yang lepas, telah berkumpulnya kami geng Ukhwah Fillah dengan misi untuk menyahut satu cabaran. Tak semua ahli join. Yang ada hanya aku, Annis, Hana, Ruby, Faten, Adel, Ida, Aina and kepada tuan rumah, Syaza.
Disebabkan Aina & Syaza dah berlesen untuk bawak reta, maka digunakan kelebihan tersebut untuk bawa kami semua pergi mall semata-mata nak cari bahan untuk cabaran tersebut.
Krik krik. Ayat apa hang guna ni Najah? Poyo nak mati. HAHAHAA. Weh, aku cakap teruih terang la, sapa yang sahut cabaran makan mee ramen tu memang gila ! Kami hat makan bukan sorang sebungkus pun terbakaq lidah dan berkejaran cari ayaq apatah lagi yang makan satu bowl tanpa ayaq ! gila ! Amik, gila aku bagi. Tapi gila-gila hangpa tu lah yang awesome derr.
Kami nak rakam full video kami semua makan tapi disebabkan kami takda space yang memudahkan urusan makanya kami pelahap la dulu makanan pedaih berapi tu. dah semua mulut berasap baru rakam sikit video untuk kenang-kenangan gitu. Ceh.
Aku adalah insan yang terawal habiskan mee ramen tu. *big claps* eh nanti, cepat habis bukan apa, waktu tu tengah lapaq gila. Ada aku kisah pedas ka tak. Hahaha. Lagipun kami share-share hidang dalam pinggan so takdalah banyak sangat. Siap boleh tambah lagi kot. Punya lapaq la. Dan sampai part rasa bergelegak otak, terus pi dapoq cari sinki ! bukan muntah tapi saja mahu manjakan lidah dengan air. kasihan lidah, berapii. HAHAHA !
Annis is the winner.. dia makan paling lambat dan paling tak minum ayaq sampai kesudah. Orang makan cepat sebab pedass, dia makan sat makan sat berhenti, amik nafas, amik semangat. Kehkeh. Terbaik la. Thank you geng UF !
Dan apabila selesai pada siang itu, makanya di group whatsapp UF, berkata-katalah kami untuk menyahut lagi cabaran itu hahahhaa. sebab RINDU KEPEDASAN tu. Kah!
Yang lawaknya, bibir semua macam pakai gincu. merah menyala. mata bersih dengan genangan ayaqmata. pipi boleh jadi macam pakai blusher. Punya nak kata SUPER SPICY ! Ketul ais rumah Syaza memang pencuci mulut kami. Tenkiu tuan rumah !
Siapa yang tertarik nak cuba, bolehlah tengok dulu video-video di youtube bout this challenge. Baru kau tahu apa yang aku maksudkan dengan RINDU KEPEDASAN itu hahahaa.
- ini kelakor gila hahahha -
Okey, itu je, byebye
seorang penulis.



