Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua !
Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.
Merhaba !
Alhamdulillah dah selamat sampai rumah malam tadi dalam pukul 9 malam macam tu. Pukul 8.28 aku selamat turun dari train. Makanya, apabila naik train sensorang, berlakunya perkara yang tidak diingini. Heh !
Along and suami and anak-anak teman aku sampai depan pintu train ! Pasaipa? Pasai aku tak pernah naik train sensorang kan. Aku punya cuak, Allah ja tau. Muka senyum, jantung bergetaq. hahaha.
Bayangkan, buka pintu train pun taktau. Grr. Dah pasaipa pintu train tu kena tolak atas dia punya tombol. Hish. Aku punya semangat tolak ke bawah. Sedih sedih. Dah masuk pintu utama, so kena masuk pintu pemisah koc dengan koc. Pintu tu masalah, aku punya jenuh bukak, rupanya kena tekan button kat tepi tu. Hish. Sabo je lah.
Dah masuk koc aku, aku jalan la cari tempat duduk, disebabkan aku masuk pintu belakang, so aku kena jalan sampai ke depan sebab seat aku 4A. Memang depannnnnn la.
Ini aku lagi cuak, train dah jalan aku tak jumpa lagi tempat duduk. Dah jumpa, and ada orang duduk ! Whatt ? Dah la kiri kanan depan belakang ada orang duk perhati.
Aku cakaplah kat makcik tu, 'ni tempat saya, 4A. ' Makcik tu terkejut. Hish. Aku ni? Tak rasa macam nak pengsan dah gayanya. Aku dah mula fikir aku silap naik koc la, silap baca no seat la. Aku menyalahkan diri aku ! hahahha. Cuak weh cuak.
Last last ada bro mana ntah, dia kata duduk je kat belakang tu (belakang seat 4A.) Aku pun pasrah je lah. Senyum and ucap terima kasih. Dah duduk tu, rasa fuh ! lega.
Duduk je terus Along call, Along tanya dah dapat seat ka belum. Aku pun cerita la. Along kata takpa, duduk ja. Kalau ada orang nak duduk, aku kena pindah. Dan sampai akhirnya, aku duduk seat 5A tu je lah. Syukur !
Annis, teman aku sepanjang dalam train. Dia whatsapp aku, tanya macam mana dan macam mana. So cuak aku makin lama makin hilang. Hii.
Sampai je, terus galas beg and keluar pintu, yey dah tau cemana nak bukak pintu. hahaha. push the button. hahaha. pastu ada aunty bangsa cina, dia tak reti bukak pintu utama, same goes macam aku mula-mula nak masuk tadi. kehkeh.
Sampai je kena turun lift. Aku ikut orang je. Kena turun stage bawah, Dua kali jugak la kena naik lift kalau malas turun tangga. hihi. Dah sampai , terus cari surau sebab dah lewat nak solat maghrib. Then balik rumah ! Abang aku dah setia tunggu. hahah.
Tu je nak habaq. Bagi hangpa yang tak reti naik train lagi tu, bawak bawak la pergi naik. Kehkeh. Apa yang buat aku cuak naik train adalah kerana train berhenti sekejap je, so kita yang kena rushing cari tempat duduk sebelum train tu bergerak dan kita mula cuak. hahaha
Ini pengalaman hidup. ^^ mungkin nampak remeh tapi bagi aku ni pengalaman untuk mengajar aku.
Bye Muhammad and Hikmah. Mohon rindu acik, sebab acik dah rindu abang and adik. huhuh. Nanti jumpak lagi okeh ! Acik nak kena pergi jaga Syuib pulak kat Melaka nanti. hihi
tata,
seorang penulis.