home about cerpen puisi

Friday 29 January 2016

Free Gift Gambar by Aisyhah Nyais

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Alhamdulillah, entry sebelum ni cerita pasal menang giveaway turkish delight, entry kali ni nak habaq pasal dapat FREE GIFT GAMBAR ! 

Macam ni ceritanya, aku kan busy lately ni, so instagram, blog, apa semua benda aku tak aktif. Tetiba perasan ada orang dm kat insta. 


Kak Ecahhh ! hahahah. Kenai dak? Sapa tak kenai CLICK HERE ! Pergi la terjah blog super duperr lawa gilaaa tu. Hee. Serius, blog Kak Ecah sangat nice sebab nampak kemas ahh ! Sekali tuan dia pun nice jugak, sekejap je taaruf boleh rasa selesa berkawan dengan Kak Ecah ni. Thumbs up ! ^^

Sebenaqnya, aku tak tau pun Kak Ecah ni sedang rajin tahap max sebab duk kasi hadiah kat blogger bertuah, ( aku busy, tak sempat blogwalking T.T ) . Sebab tu aku tak sangka sangat ! Aku ingat Kak Ecah silap orang ke apa ke, rupanya betullah. Hee. ^^

Kak Ecah kata suka blog aku ni sebab warnanya soft blue gitu. Hihi. Aina Akmal ! Terima kasih sebab lawakan blog aku ni sampai bertuah jadinya. Keh2.

Aku dapat gambaq ni !


Big claps and big hug untuk Kak Ecah ! ^^

Aku blogger from PERAK , Perak Utaghaa . Kak Ecah blogger from Peghelihh. Ada keserasian kat situ. Kami orang utaghaaa. XD Give me five Kak Ecah ! hahaha sep sikit!

Kak Ecah "curi" gambaq tu kat sidebar. Hee. Takpaa, Jie oke je Kak Ecah, Lawa kak Ecah edit. Lawaa kann? ^^ Yes.

Kepada blogger bertuah lain, tahniah jugak untuk kalian ya. Bukan senang nak dapat special gift kan? Memang awesome lah Kak Ecah ni. Lebiuu akak ! ^^

Kami dah exchanged nombor tepon, so lepaih ni boleh selalu keep in touch. Hihih. Jie dah letak blog akak kat bloglist Jie. Hee. ^^

ALHAMDULILLAH.

THANK YOU SO MUCH KAK ECAH !

Ok, tu je kami nak habaqq. Ada masa free, aku update lagi. ^^

tata,
seorang penulis.

p/s : aku dalam usaha blogwalking ^^
tinggalkan jejak ye,

Menang Turkish Delight Giveaway | 28DaysofIstanbul by Dayana Zahari

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Hai semua. Alhamdulillah, boleh update blog lagi. Dah tak berapa busy sangat dah. Heee.

Pertamanya, yeyy ! Aku menang giveaway ! Alhamdulillah !

Dapat tau aku menang ni pada tarikh 22 Januari 2016. Lambat betul aku update kat blog. huhu. Sis busy sangat, waktu tu pulak tengah tak berapa sihat. Huu.

By the way, memang terujaaaa gilaaa. Dapat turkish delight ! Tak sabaq nak nyum nyum masuk mulut. Boleh la sambil tu berangan ada kat Turki, kan? Keh2.


Pengumuman pemenang dilakukan di BLOG & INSTAGRAM

Giveaway ni main post gambar di instagram, so aku punya gambar dipilih. Nak tengok gambar apa ? CLICK HERE . 

Peratus markah yang aku dapat adalah  89.54% ! Maka, rezeki berpihak pada aku. Alhamdulillah. Gambar tu kakak aku yang kasi, so nanti hadiah kena makan dengan dia lah. Kan? Hihi.

Tak pernah rasa lagi lah makanan dari Turki, so perut ni memang tak sabaq nak rasa. Mesti sedap kan? XD

Terima kasih Kak Dayana & husband sebab sentiasa buat Jie rasa semakin dekat dengan impian nak pergi Turki ! Thank you soo much ! ^^ Semoga Kak Dayana sekeluarga dimurahkan rezeki. Aaminn.

OK then, tu je nak habaq. Hee. Malam nanti aku update lagi, ada lagi satu cerita nak habaq. ^^

tata,
seorang penulis.

Wednesday 27 January 2016

Busy !

Bismillahirahmanirahim.

Merhaba !

Lama tak update blog kan? ceh. baru dua tiga hari hahahah. blogwalking pun dah mereput. Minta maaf yaa. Nanti ada masa aku jalan-jalan blog hangpa semua yg rajin tinggal jejak kat blog ni.

Aku busy sebab semalam & harini aku tolong kakak jaga budak-budak kat taska. Lagipun wifi takda kat rumah kakak, so tak boleh la nak on blog. Tapi kalau ada wifi pun, tak mampu nak hadap rasanya sebab penat overdose hahahah padahal takda la tolong banyak pun.

Maybe aku dah biasa duduk rumah tak buat apa-apa sangat, so badan aku cepat semput. Keh2.

Tapi memang best kerja kat taska. Bebudakk semua comei comeii lahaiii. Nanti aku story okeh?

Esok pagi kena pergi Kuala Kangsar pulak, ada hal sikit. 2 hari. Then balik kampung. Lepastu fly pergi Melaka pulak. Padat sangat jadual hidup aku. Aku fikir aku akan terus mereput sementara tunggu result spm keluar, rupanya tak. hahahahah. Kipidap Najah ! XD

Pengalaman hidup ni sentiasa mematangkan kita. Pahit dan manis, semuanya resepi untuk kita lebih dewasa.

K. Tu je nak habaq. Nanti hangpa kata aku hilang tanpa khabar. rindu lettew. hahahaha.

kbye,
seorang penulis

p/s : aku update pakai hp je ni. sorry tak boleh blogwalking lagi.

Sunday 24 January 2016

Done : Movie Sultan Muhammad Al-Fatih

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

-potret wajah Sultan Muhammad Al-Fatih-

Cuma nak bagitau yang aku baru lepas tonton movie Sultan Muhammad Al-Fatih beserta subtitle Bahasa Malaysia. Aku suka tengok movie tu tapi aku tak suka tengok movie tu. Eh.

Suka sebab ada sejarah yang ditulis, benar digambarkan dalam movie tersebut. Memanglah kan? Sebab pengarah mengadaptasi sejarah Penaklukan Konstantine. Scene kapal merentasi daratan, Sultan Muhammad imamkan solat angkatan tenteranya, Hasan pacak panji Islam at the end of the war, haa yang tu semua ada tercatat dalam sejarah. Aku suka tengok scene2 tersebut.

Tak suka sebab jauh tersasar. Alaa tak suka nak menaip pasal ni. Tak suka peribadi Sultan Muhammad, tak suka cara pemakaian isteri Sultan Muhammad, tak suka cara Sultan Muhammad layan keluarganya. Tak suka scene berkaitan agama. Tak suka bila wujud kisah percintaan tiga segi antara Hasan, dan dua lagi watak aku tak ingat nama. Tak sukalah ! Whyy so different? So movie ni tak boleh percaya bulat-bulat.

Bagi aku yang dah baca sejarah Penaklukan Konstantine, boleh lah beza benar dan buruk movie tersebut. Kecewa actually. 

At last, better baca sejarah yang benar ditulis. Sekian. Lepas ni aku pulun beli buku-buku ilmiah berkaitan Sultan kegemaran aku ni. ^^

- lagu semangat aku. ^^ -

Utusan Tuhan bersabda, 
Benarkan satu ketika, 
Derapan kuda kan tiba, 
Bebaskan kota di Roma.

Tentera Fateh pun datang, 
Hadis Nabi kuatkan iman, 
Layar kapal rentas daratan, 
Tanduk Emas dibantu Tuhan. 

Tujuh puluh kapal pun tiba, 
Byzantium gegak gempita, 
Dua ratus ribu tentera, 
Mimpi buruk sudah pun tiba. 

Lapan ratus tahun penantian, 
Konstantin akhir ditawan, 
Panji Islam dikibar Hassan, 
Tubuh syahid jiwa dikorban. 

Itulah si anak muda, 
Beraksi menggegar dunia, 
Itulah sebaik raja, 
Itulah sebaik tentera.


Yang pasti, Turki memang negara Islam yang masih nampak bukti perjuangan mempertahankan keamanan dan keadilan. Respect !

Habis ja tengok movie tu, Along kata dia doakan impian aku untuk pergi Turki termakbul. Aaminn Ya ALLAH ! Moga impian ni jadi kenyataan. ^^ Aku nak tengok sendiri dengan mata aku, sejarah yang masih ada di tanah Turki.

One Day I Will Be There.

till then,
seorang penulis.


p/s ; sapa yang dah tengok movie ni?
Apa pendapat hangpaaa ? :)

Saturday 23 January 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Bismillahirahmanirahim.

Merhaba !

Jom join ramai-ramai. Due date : 31 Januari 2016

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.


[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.


Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)


tata,
seorang penulis.

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !


Join saat saat akhir. Malam ni tamatt weh. Jemput join bagi yang tak join lagi tu. 
Simple gilaa rules. hee. 

Penambahbaikan? Tak ada, Blog sis dah cute and comel dah. Kemass sangat. Hihi

tata,
seorang penulis



Blog Award 2016 by Hanah's Blog

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !


Join sehari sebelum tarikh tamat.
Good luck semua ! Mana tau ada rezeki dapat award kan?

Aku nak tag :

Senang cita aku tag semuaa orangg . jom pakat joinn okk !

tata,
seorang penulis,


Friday 22 January 2016

Puisi #3 - Impian

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Tajuk : Impian


Kelak ;
Bila impian itu jadi kenyataan,
Biar aku bertepuk tangan.

Biar aku dakap jitu syukur.
Biar aku bangun dari tidur berdengkur.

Turki,
Sebarkan kepimpinan al-Fateh,
Biar manusia berlari selepas lelah bertatih.

Turki di hati,
Turki dijiwai.


Tarikh lakar : 31 Disember 2015

Nota Hati :

Manusia perlu ada impian supaya hidupnya lebih bersemangat untuk mencapai target !

Aku jujur, Aku jatuh cinta bukan setakat tempat kat sana yang memang cantik tapi sebab aku jatuh cinta dengan sejarah al-Fateh, penakluk Konstantinopel. Tolong doakan aku boleh jejak kaki di negara Turki. Aku nak sangat. :) in sya ALLAH . 

#OneDayIWillBeThere

terima kasih, sekian.
seorang penulis.
^^

Thursday 21 January 2016

Special Photos from Istanbul !

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Alhamdulillah, asyik tertangguh ja nak story pasal tajuk kali ni. Hari ni aku nak cerita pasal aku dapat gambar dari Istanbul. Khas ! Memang disnap untuk aku. Wuhuu. ^^

Bagi yang kenal diri ni or sedang kenal or akan kenal, aku memang CINTA sangat dengan negara Islam yang namanya TURKI. Sejak aku didedahkan dengan kisah al Fateh, penakluk Konstantinopel. Dari situ, aku dapat semangat yang sangat wow ! Aku kagum dengan sejarah Turki dan segalanya tentang Turki !

So, ni dua keping gambar yang aku dapat. 



Siap ada nama aku lagi. Berbunga aku bila dapat. Ya ALLAH, suka sangat-sangat !

Ok, macam mana aku boleh dapat special photos dari Turki? Macam ni, aku ada kenal sorang kakak ni, nama Dayana Zahari. Aku kenal sebab waktu aku blogwalking, aku ternampak new update blog kak Dayana pasal Istanbul. Aku kan memang jenis excited kalau nampak something pasal Turki, so aku terjah blog kak Dayana. Kak Dayana and her husband, sedang bercuti di Istanbul. Wohoo aku punya suka la. 

Aku terjah instagram pulak. Lagi bersuka-ria aku like satu-satu gambar dekat instagram kak Dayana. Cantik-cantik pulak tu, sebab husband kak Dayana memang photographer. Semua gambar cun melecun. Hihi

Siapa sangka, kak Dayana dulu yang tegur aku dekat insta. Kak Dayana dm aku. Aku punya teruja, ALLAH je tau. Humble sangat kak Dayana ni. Disebabkan tu, aku mudah mesra dengan kak Dayana. Baik, comel, friendly, memang suka kawan dengan kak Dayana !

Nak dijadikan cerita, sebelum last day kak Dayana and husband ada kat Istanbul, aku request sesuatu. Aku teringin, so aku try la request. Huhu. Aku whatsapp kak Dayana, cakap yang aku nak kak Dayana snap gambar kat Istanbul khas untuk aku. *malu weh, sebab cinta punya pasai, aku nipiskan perasaan malu tu, hahahah * XD

Kak Dayana kata dia boleh snap. Aku punya seronok la. Seronok sangat. Amat seronok. Terlalu seronok. Beronok-ronok jadinya. Kah! hahahaha. sebab ni kali pertama aku dapat something special dari negara yang aku nak sangat jejakkan kaki !

Masjid dalam gambar tu lebih dikenali sebagai Masjid Biru. Tapi dalam gambar tu just Masjid Biru versi mini. Hee. Sebab tempat tu namanya Miniaturk. Semua bangunan yang terkenal, ditempatkan di situ. Maknanya kalau nak travel semua tempat tapi tak sempat, pergi je Miniaturk ni.

Bila aku dapat dua keping gambar tu, aku punya semangat lagi membuak-buak. In sya ALLAH ! Kalau impian aku tercapai, nanti nama tu aku ganti dengan diri aku. Nama dah sampai sana, orangnya akan sampai jugak, suatu hari nanti. ^^ Aaaminn !

Oh! sebelum lupa, kak Dayana and husband ni study kat oversea. Plus, memang suka travel. So, kalau nak tengok gambar-gambar, layan video kat oversea, or anything boleh terjah kat bawah ni :

Blog : Dayana Zahari
Instagram : dayanazahari & muhammad_mroslan
Channel Youtube : Dayana Zahari
Flickr : MR_muhammad

Alright.

TERIMA KASIH KAK DAYANA & HUSBAND !


One day, i will be there. Biiznillah ! ^^

byebye ,
seorang penulis.


p/s : aku cuba pendekkan entry ni. 
dah byk perenggan aku buang hahaha
kalau story pasal turki, memang terlajak excited.

tata ^^

Turkish Delight Giveaway | #28daysofIstanbul

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !


CLICK BANNER FOR MORE DETAILS.

Giveaway hadiah gempak dari Istanbul ni akan tamat hari ni, 21 Januari 2016 pada pukul 3 petang waktu Malaysia ! Jom join ramai-ramai. Syarat mudah sangat ! Post gambar di instagram je yang menunjukkan aktiviti kita suka buat. Senang !

Boleh terjah instagram saya kalau nak tau gambar apa yang saya post. [ _nurnajah ]
Atau boleh search #turkishdelightgiveaway untuk lihat gambar dari peserta lain di instagram.

Giveaway ni diadakan oleh sis Dayana Zahari & her husband sebab sebelum ni bercuti di Istanbul. Sebab tu hadiah datang dari sana ! Yeah. ^^

SELAMAT BERGIVEAWAY !


p/s : pernah post byk kali dah pasal ga ni,
tapi ada masalah sikit, dah delete semua. huhu.
selamat join kpd semua !

Wednesday 20 January 2016

Doodle by Alya Toklya

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Cuma nak habaq, kami dapat doodle free dari kakak yang kami sayang. Hangpa jangan jeles. Kami yang dapat, hangpa tengok ja tau. Hahaha.

Mai sini aku cerita. Nama kakak tu Alya. Panggil kak alya. Dia baik sweet comel baik eh dah sebut baik. hahaa memang baik. caring loving. ^^ lebiu kak laya. ekeke.

Kak alya ni salah seorang staff group puisi . The Puisi Daie. Aku pun staff jugak. Staff paling muda gitu hahah. So kami memang rapat. Kadang share masalah dgn kak alya. Memang kamcing la kan bak kata orang muda muda sekarang . eh hahahah

Kak alya ni pandai buat doodle. Bukan semua orang teror kan? Cuba bagi aku buat, rupa orang jadi rupa batu kalau dapat kat aku hahah. So bagi aku memang cantik semua doodle yang kak alya buat. Tak caya? Nah. Pi tengok sendiri. click here ! kalau nak request, pi la deal dengan kak alya. hihi. 

Aku berkenan dengan doodle kak alya, so aku minta kak alya buatkan. So dapatlah ! Adik kesayangan kan. Keh3.

Gambaq sebelum macam budak-budak tadika hahaha. Gambaq selepas?

Tadaaa !


 Aku suka. hangpa tak suka, hangpa punya pasaii hahaha. Aku suka sebab muka aku tiba tiba nampak macam orang dewasa. Hahaha. Muka blushing tu. Hahaha. Aku lilit shawl and aku rasa tu kali pertama jadi. Kalau tak mengelebeh. hahaha

Actually ni gambaq selpie depan cermin sebab tu tayang hp hahaha. cermin hilang utk doodle ni. hihih.

TERIMA KASIH KAK ALYA ! ^^ I LOVE YOU. THANK YOU !

Doodle memang bukan sejibik muka kita keluaq. Nama pun doodle kan. Lain la potret ka. Memang sejibik la sama. Keh3. so lepas ni nak order potret pulak. Heh. --'

Dah. tu ja nak habaq. hahaha

Bye bye,
seorang penulis.


p/s : awat aku rasa entry kali ni duk gelak ja.
bahagia mungkin. hahahhaa gelak lagi. --'

Tuesday 19 January 2016

Puisi #2 - Terbang

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba !

Puisi itu terluah saat mulut bisu untuk berkata.

Tajuk : Terbang


Kadang,
Memang kau suka terbang,
Duduk kau tak diam,
Kau suka lari siang malam.

Kau perlu bangunkan realiti,
Meski kau hanya seorang diri.

Tutup mata yang berderai,
Biarkan seketika hati bersepai.

Saat hati kau melambai,
Moga seterusnya kau temui damai.


Tarikh lakar : 20 November 15

Nota Hati :

Ramai orang cakap, kalau travel tu free, mesti dia dah tak ada kat sini. Maksudnya dia akan pergi tinggalkan semua. Pergi mencari sesuatu baru. Terbang cari hikmah hakiki. Betullah tu. Bila di sini melemahkan hati, terbanglah ke mana-mana sahaja untuk merawat luka di sanubari.

Setuju ? ^^


Terima kasih sudi baca,
Seorang Penulis.


Monday 18 January 2016

Selesai Urusan #SeindahTakdir

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

MERHABA !

Pertamanya nak ucap Alhamdulillah sebab urusan hari ni dipermudahkan. Syukur sangat.

Urusan apa tu? Heheh. Urusan pengeposan buku Antologi Cerpen & Mini Novel Melodi Cinta Edisi 2. Dah settle dah di pejabat pos tadi. 

-sebelum packing-

First time buat semua ni. Kalau bukan sebab semangat Seindah Takdir, mungkin tak merasa lagi la pengalaman ni. Huuu.

-dah siap!-

Memang sikit ja. Takda la bertimbun pun. Sebab kebanyakan yang order aku deliver hand by hand ja, sebab rumah dekat . Yang pos sebab dah luar negeri and sebab2 lain.

Kepada yang membeli, selamat membaca semua karya yang ada dalam tu. terima kasih sangat ! Nanti kita semua sama-sama tengok telefilem Seindah Takdir kat tv tau. :)

For sure, terima kasih yang teramat sangat dekat abang ipar a.k.a Abang Zuhaili sebab bawak pergi pejabat pos untuk selesaikan urusan ni. Terima kasih Along Solehah and suami sebab banyak sangat tolong. Senang cakap, terima kasih dekat adik beradik and the whole of my family yang banyak membantu selama ni. Syukran ! 

Macam biasalah aku ni, katak bawah tempurung. Apa pun tak tau. So awkward gila. Nak buat apa dekat pejabat pos tadi pun tak reti. Malu tau tak. Huahuaa. Tapi betul kata orang, hidup ni sebuah pengalaman dan pengalaman tu yang akan mendewasakan kita.



So next time dah tau step, semoga hang boleh berdikari sendiri tanpa tunjuk ajaq orang lain dah Najah ! Be brave. Jantung laju ketaq ketaq tu takmau dah ! Hahaha. *nangeh tepi katil* 

Pergi bank jugak tadi sebab nak tanya pasal online banking tapi malangnya tetap tak boleh buat sebab umoq tak cukup 18 tahun ! *nangeh tepi katil lagi* hahahah. Well, 2016 memang aku 18 tahun tapi aku lahir lambat sikit.. hehe. Aku lahir bulan 11, so bulan 11 nanti baru aku boleh daftar buat online banking tu.

Kenapa nak buat? Sebab nak berbisnes lah. Senang. Sapa yang tau tu, akan faham lah. hee..

So tu ja kot aku nak story. Rasa puaihh gilaa dah settle. Baru la tenang sikit. Cuma ada lagi beberapa buah buku je yang tak deliver lagi. But now, dah boleh fokus pada cerpen yang tergendala tu. Tidoq tak menentu, aku kerap sakit kepala sekarang.. huhu.

Aku doakan semoga urusan orang lain jugak dipermudahkan. Isnin kan? Selamat berkerja dan selamat bersekolah ! Wujudkan aura positif ! ^^



Sekian dulu,
Seorang Penulis.

Sunday 17 January 2016

Words #1 - Family

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

MERHABA !


Siapa yang tak ada family kan? Semua dalam dunia ada family.

Bagi aku, family adalah segala-galanya. Bergaduh la macam mana pun, lari la sejauh mana pun, sembunyi la dekat mana pun, family tetap family.

Darah yang mengalir dalam badan kita ni cukup membuktikan yang hubungan kekeluargaan tak akan pernah terlerai. 

Keluarga itu ibarat matahari,
Dalam gelap datang beri cahaya,
Pada siang mencerahkan suasana,
Berpeluh demi seisi manusia,
Sentiasa wujud selagi kiamat belum tiba.

Cukup sedarkah kita bahawa family adalah anugerah yang sangat bermakna?


Terima kasih sudi baca,
Seorang Penulis.


p/s : sepatutnya wordless. 
tapi sebab nak menaip jugak, 
less tu buang hahaha
so lepas ni words okeh. no wordless.
hahaha boleh gitu?

Puisi #1 - Nafas

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

MERHABA !

Puisi itu sesuatu yang bernama curahan hati.

Tajuk : Nafas 


Semalam tangis kau hiba kedengaran,
Meruntun jiwa yang meluahkan,
Kau jerit sekuatnya kepada dunia,
Sayangnya kau hanya sang pembisu bicara.

Sehingga suatu ketika,
Tiada esakan yang mencuci luka,
Kau sedar ujian ini perlu ditempuh jua,
Walaupun sakitnya mencakar atma.

Allah izinkan lagi nafas ini berdetak,
Hari ini mohon hati jangan melalak,
Biar kau tenang seketika,
Muhasabah setiap inci cerita.

Sedarlah manusia,
Nafas kita terlalu berharga,
Hiasi dengan bunga cinta pada Maha Esa,
Bukan duri tajam yang penuh cela.

#puisi

Tarikh : 17 Januari 2016

Nota Hati : 

Ucap syukur pada ALLAH kerana masih pinjamkan kita nafas untuk teruskan hidup ni. Walau sesukar mana sekalipun, nafas ini yang akan membawa kita menyususi kenangan-kenangan yang bakal tercipta. 

Hadza Min Fadhli Rabbi.

Sekian, terima kasih,
Seorang Penulis.


p/s : random post. puisi picisan pagi hari.

Saturday 16 January 2016

Perjalanan #SeindahTakdir

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

MERHABA !



New cerpen tak siap lagi. Melalut dah jadi, idea tak berkembang macam bunga kembang di pagi hari. Hahah. So, jari rasa nak menaip, aku nak cerita pasal perjalanan Seindah Takdir yang mampu capai tahap sekarang ni. Ada yang bertanya, so aku cerita tau.

Honestly, ya, Aku memang pernah berangan kat bawah pokok pisang that one day aku akan angkat karya aku ke tahap lebih tinggi.

Waktu tu tengah hangat drama drama Melayu yang diadaptasi daripada novel. Dari situ aku pun macam teringin jugak. Aku pernah berangan, aku dah siapkan satu manuskrip novel dan novel aku tu laris ! Like woww ! Hahaha. Padahal habuk novel pun takdak. Ngee..

Point is berangan tu perlu.

Awal tahun 2014, waktu tu aku tingkatan 4, aku hantar cerpen aku tu. Actually Seindah Takdir adalah gabungan dua buah cerpen yakni Walau Hanya Sekejap & Takdir Itu Milikku. Cerpen Walau Hanya Sekejap berakhir dengan kematian seseorang, so readers ada yang tak puas hati hahaha. Minta aku buat sambungan bagi happy ending. So muncul pulak Takdir Itu Milikku.

At last, aku buat keputusan hantar dekat Penulisan2u untuk sudut bacaan online. Seingat aku, cerpen tu aku tak edit, aku tak apa apa. Aku copy paste and send. Just it. Nampak yang aku tak serius di situ.

Dalam seminggu dua macam tu, aku ada juga check balik, kot kot dah disiarkan tapi takdak. Aku redha je lah. Aku tak fikir dah pun.



Akhir tahun 2014, macam mana ntah, aku search balik Seindah Takdir kat google. Then keluar cerpen aku tu. Yes. Dah ada kat Penulisan2u. Dah ramai yang baca dan komen.

Aku rasa apa? Speechless. Sangat.

13 September 2014.

Tarikh yang buat aku rasa satu semangat yang tak boleh dilisankan. Allah yang tahu.

Bagi orang yang baru nak mula, memang perkara tu sesuatu yang terharu sangat. Tambah pulak baca komen komen semangat dekat Penulisan2u tu. Ini antaranya :

" Keep it up! InsyaAllah ada potensi untuk terus maju. "
" Nangis dah.. Abis dah 2 tisu kotak dlm tempoh 1 jam pembacaan.. "
" Jalan cerita yang menarik dan sedih. Tersentuh siot. :')"
" Jalan cerita yang bagus. Penuh dgn keislaman. "
" 1stly novel ni mmg best, teruja nak tau ending BUT!!! Sory to say grammar or english writer was wrong."
" Bosan, jalan cerita klise.Panjang sgt. Tingkatkn usaha."
" Bosan r..byk sgt perkara yg x penting.Lg satu jalan cerita dia agak membingungkan."


Aku hargai semua komen positif mahupun negatif.

Ada jugak komen yang minta cerpen tu dijadikan novel. No wonder la sebab cerpen tu memang panjang, so ada yang mintak jadikan novel.

Ya. Aku sahut cabaran tu. Aku namakan novel tu Takdir Airmata Cinta.

Aku dah tekad nak siapkan manuskrip tu walaupun aku sedar aku kena fokus study form 4 aku. next year dah spm. Bulan oktober aku punya gigih cari ilmu. Serius, aku serius.

Aku olah Seindah Takdir bagi jadi panjang, bagi cukup syarat minimun muka surat novel. Aku ada post dekat blog ini sampai bab 10, then lepas tu aku senyap. Aku kena fokus spm. Walaupun perasaan waktu memang meronta nak sangat sambung manuskrip, tapi aku dahulukan yang utama. Kita merancang tapi perancangan ALLAH itu lebih baik.


19 Oktober 2015.

Bermula kisah Seindah Takdir dilamar. Sekali lagi, perasaan tu hanya ALLAH je yang tahu. Aku bagitau family, and yes, mereka bangga dan syukur untuk semua ni. Alhamdulillah.

Aku dapat panggilan pagi, tapi aku kat sekolah waktu tu. So balik tu, aku bukak whatsapp. Memang terkejut bila aku baca whatsapp daripada Karya Seni. Bermula dari situlah, perjalanan Seindah Takdir bermula kembali.

Aku lenyapkan manuskrip novel Takdir Airmata Cinta sebab cerpen Seindah Takdir telah diberikan kepada pihak produksi Xsense Studios dan telah diterbitkan oleh Karya Seni dalam Antologi cerpen dan mini novel Melodi Cinta Edisi 2.

Seindah Takdir akan diadaptasi menjadi telefilem di RTM. Coming soon. Sekarang dalam proses penggambaran lagi. Senarai pelakon saya akan beritahu kemudian.

Semua ni satu anugerah yang tak terhingga. Bukan sekelip mata semua ini berlaku. Azam dan tekad tu perlu ada. Sabar. Akhirnya ALLAH akan berikan sesuatu yang di luar jangkaan.

Aku akan teruskan bakat yang lahir daripada mak aku sendiri. Aku tak akan berhenti. In sya ALLAH.

For sure, aku perlukan sokongan dan doa untuk terus maju. Memang ramai yang bagi semangat, tak tersenarai kalau aku nak tulis. Kalau kalian baca post ni, percayalah yang diri ni hargai sangat sangat semua yang telah diberikan.

Terima kasih, semua. Terima kasih untuk segalanya.

Ok. Sampai sini dulu rasanya. Kalau nak tahu tentang hal berkaitan tanyalah. saya akan jawab. In sya ALLAH. Setiap kisah akan ada semangat yang membawanya. In sya ALLAH, semua pengalaman ni perlu dikongsi, kan?

Kepada yang minat dalam bidang penulisan ni, teruskan menulis. Abaikan tanggapan orang sekeliling. Mereka tak tahu susah payahnya kita nak hasilkan sesebuah karya.

Keep writing ! Perjalanan kita akan bermula dan mungkin telah bermula.



Sekian,
Seorang Penulis.


Nur Najah's Blog Edited by Aina Akmal

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

MERHABA !



Alhamdulillah. Blog NUR NAJAH dah berwajah baru. Comel dak? Hahah.

Special thanks untuk cik AINA AKMAL merangkap kawan baik alam maya aku yang sama sama gila, sama sama sekepala, sama sama macam macam lah.  Hahah. 

Actually blog ni sebelum ni pun diedit oleh Aina. But aku punya gatai tangan tukar header, tukar background. Pastu aku rasa blank, rasa kosong, rasa ergh. Aku pun mintak jasa baik kawan baik ni sekali lagi untuk edit.

Hangpa taktau betapa ralatnya berhadapan dengan customer macam aku ni, hah ! kesian Aina kena hadap aku yang takdak pendirian ni. Kejap itu, kejap ini. Kadang aku pun malas dengan diri aku sendiri. 

Setelah sana sini, sini sana edit, beginilah akhirnya. 

Header of course bertukar. Menu tab pun bertukar. Title sidebar pun bertukar.







Footer pun dah lawa ada nama kami berdua lagi tu. Hahaha.


Button newer, home and older bertukar jugak. Sebelum ni biasa je. Kali ini luar biasa.




Kalau yang pernah jenguk blog aku ni, tahulah tang mana yang bertukaq.

Oh ya ! Bloglist dah takdak kat bahagian bawah. Ada kat sidebar pulak, dia lari pi situ hahaha. Aku suruh Aina buat 3 in 1. jimat space sikit. Nampak kemas. Kan?

Lagi satu, aku suruh Aina tukar comment kepada comment blog sebab nak bagi lawa & lain sikit bahagian comment tu. Comment blog lebih mudah, kan? So lepas ni mudah mudahkan jugak drop your comment k hahahha. Nak test comment, silalah komen dibawah ini ! yeah hahahaa.

So sekali lagi, semua comment di entry sebelum ni dah jadi halimunan sebab berlaku pertukaran tu. Sobss. Takpa. new beginning. nasib segmen aku dah tamat. kalau tak nangeh atas jamban la kot ! Hahahha.

Konsep blog ni cuma nak bagi readers senang baca sebab blog ni more kepada aku post hasil karya aku. Aku ingat Aina pernah kata dulu, kalau untuk baca baca ni better background putih. Kan? Hang ingat dak Aina? Whahaha.

Kalau first ritu Aina edit blog aku free, kali ini tidak lagi. Hahahaa. Dia buat bisnes edit blog. Aku support kawan. So kali ini dia edit blog aku berbayar.

Hangpa yang duk blur rasa blank dengan blog tu, boleh lelaju contact cik Aina Akmal tu, okey? Harga standard je. Nak tau pi la tanya sendiri. 

Make sure hangpa dah ada perancangan nak ada blog yang macam mana. Jangan jadi macam aku, kesian Aina. Hahahah. Aina penyabaq orangnya, silalah berbisnes dengannya. Ekeke.

gmail : theainaakmal@gmail.com
whatsapp : 019-5618032

Done yeah !

Tunggu post seterusnya tau. Ada cerpen baru on the way nak siap.


Sekian,
seorang penulis.

p/s : sorry guna bahasa aku. 
terkeluaq loghat perak utara hahaha