home about cerpen puisi

Wednesday 10 February 2016

Puisi #4 - Sabar

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.
Merhaba !
Tajuk : Sabar
Hukum lagi dan lagi,
Biar dia hilang arah,
Biar dia mula kalah.

Seketika nanti ;
Langit kembali berwarna,
Rintik hujan tiba,
Pelangi akan muncul cerah,
Angin payung segala parah.

Ada harinya,
Aku sudah kata,
Biarkan saja derita.

Kerana ;
Allah Maha Kuasa,
Tak akan biar hujan selama,
Meski pelangi sekejap cuma.

Biarkan air mata menyambar,
Bangkit jadi hamba penyabar.

Tarikh lakar ; 09 November 2015
Nota Hati :
Memang kita terasa penat dengan sakit yang sarat. Tapi kenapa perlu ragu dengan ALLAH? Kalau kita percaya dengan janji-janji ALLAH, kita tak akan mudah lelah. Sabar ! Kunci kebahagiaan yang patut kita sedar kewujudannya.
terima kasih sudi baca,
Seorang penulis.

7 comments:

  1. Puisi ni buat akak rasa nak menangis. Terasa sampai kat hati ni. Nice one, Jie :)

    ReplyDelete
  2. tersentuh baca puisi ni...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    ReplyDelete