Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua !
Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.
Merhaba !
Tajuk : Sabar
Hukum lagi dan lagi,
Biar dia hilang arah,
Biar dia mula kalah.
Seketika nanti ;
Langit kembali berwarna,
Rintik hujan tiba,
Pelangi akan muncul cerah,
Angin payung segala parah.
Ada harinya,
Aku sudah kata,
Biarkan saja derita.
Kerana ;
Allah Maha Kuasa,
Tak akan biar hujan selama,
Meski pelangi sekejap cuma.
Biarkan air mata menyambar,
Bangkit jadi hamba penyabar.
Tarikh lakar ; 09 November 2015
Nota Hati :
Memang kita terasa penat dengan sakit yang sarat. Tapi kenapa perlu ragu dengan ALLAH? Kalau kita percaya dengan janji-janji ALLAH, kita tak akan mudah lelah. Sabar ! Kunci kebahagiaan yang patut kita sedar kewujudannya.
terima kasih sudi baca,
Seorang penulis.