home about cerpen puisi

Tuesday 24 May 2016

The Powerful Of - Selawat & Al-Fatihah

Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum semua ! 
 Perjuangkan niat kerana ALLAH, perjalanan yang bakal indah.

Merhaba. Selamat membaca manusia sekalian.


Dengan ikhlas hati, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Sebelum tu nak tanya, pernah tak hilang something yang penting? Contohnya kad pengenalan, sijil-sijil penting, or boleh dikatakan LUPA dimana kita letak sesuatu barang tu? Mesti pernah kan? Kalau dalam situasi macam tu, kalian buat apa? Bertungkus-lumus cari, gelisah, serabut dan segala perasaan negatif tu datang, kan?

Saya nak cerita, tadi saya baru perasan kad pengenalan diri saya hilang. Hilang! Cari dalam purse tak jumpa. Dalan handbag pun takda. Dengan rasa gelisah, saya selongkar bag, fail-fail semua saya teliti, dalam bilik semua saya cari tapi tak ada jugak. Rasa give up sangat.

Sebab saya akan daftar masuk universiti tak lama lagi so kad pengenalan diri tu amat sangat penting! Proses nak siapkan dokumen, nak bankin yuran pendaftaran, nak matikan setem semua tu kena ada kad pengenalan diri. Dah la memang tengah serabut pasal nak register uni, lepastu jadi macam ni memang jadi susah hati. 

Last-last saya masuk bilik, duduk atas katil, pejam mata. Tarik nafas, saya mula baca Al-Fatihah dan lepas tu saya selawat banyak kali. Penuh pengharapan, berharap Allah berikan semula kad pengenalan diri tu pada saya.

Dan lepastu saya terpandang meja di sudut bilik, saya dah cari atas meja tu, memang tak ada. Dekat bawah tepi-tepi meja pun takda. Bawah meja? Saya cari, meja tu rendah jadi bawah tu gelap, saya memang tak nampak waktu cari sebelum ni. Tapi waktu lagi sekali saya check, saya cuba cari guna tangan saya, akhirnya JUMPA!

Ya Allah perasaan waktu tu memang rasa LEGA. Memang TERASA setiap saat saya baca Al-Fatihah and selawat tadi memang NIKMAT yang sangat BERMAKNA.

Tak terfikir sebenarnya kad ni nak jatuh bawa meja, memang terpelosok kat hujung bawah meja tu. Ya Allah, saya punya cari dalam fail sebab pergi temuduga haritu saya letak dalam fail. Rasa macam last sekali memang saya letak dalam fail sebab dalam purse takda. Memang sedih bila cari tapi tak jumpa.

MORAL saya nak cerita, lepas ni kalau hilang atau lupa apa-apa jangan gelabah. 

DUDUK.
BERTENANG.
PEJAM MATA.
INGAT ALLAH.
BACA AL-FATIHAH
SELAWAT.


Allah yang izinkan sesuatu masalah itu terjadi dan Allah juga yang akan izinkan sesuatu masalah itu temui jalan penyelesaian. Yakin dengan Allah. Yakin dengan kuasa Allah. Jangan pernah ragu. Banyakkan selawat untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W . 

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan untuk kita bersama-sama muhasabah diri. Lepasni kalau LUPA / HILANG apa-apa dah tau kan nak buat apa? Usaha untuk mencari dalam masa yang sama kena minta pertolongan ALLAH. Okey? In sya Allah.

Setakat ni dulu, terima kasih baca.

-Seorang Penulis-



4 comments:

  1. Akak pun pernah mengalami situasi yang sama. Bukan hilang kad pengenalan, tapi notes yang akak buat untuk karya akak. Bila hilang, puas mencari sana sini. Bila tak jumpa tu, duduk sekejap rehatkan diri. Baca doa then tawakal. Beberapa hari lepas tu jumpa balik. Masa tu bersyukur sangat :)

    ReplyDelete
  2. salam pernah sangat , ic hilang kat sekolah :(
    esok nya jumpa bila akak redhakan kehilangan beg duit akak,
    jumpa beg dengan ic jelah duit xada dah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah jumpa juga kan...penting ic tu..dik dapat universiti mana? IPG ka?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Memang kalau berlaku begini memang kena duduk tenangkan diri, zikir dan selawat banyak2 :)

    ReplyDelete